Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga



Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga, kata Khaled

Umno berlapang dada dengan pendirian PAS meminta ahlinya mengundi calon Perikatan Nasional (PN) sekali gus bermakna mereka mahu BN dikalahkan.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin juga berkata apa yang berlaku di antara partinya dan PAS juga membuktikan Muafakat Nasional itu tidak mudah untuk diuruskan.

“Keputusan PAS bermakna Muafakat Nasional itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya,” kata bekas menteri besar Johor itu dalam tulisannya di media sosial petang ini.

PAS merupakan rakan Umno dalam Muafakat Nasional namun parti itu bertindak secara sepihak dengan bersama-sama membentuk Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu selepas mereka menjadi kerajaan.




Di sebalik penegasan beberapa pemimpin PAS bahawa mereka bukan bermusuh dengan Umno, PRN Melaka menyaksikan kedua-dua parti itu bertembung sesama sendiri – selain calon lain di tujuh kerusi.

Portal berita rasmi PAS, harakahdaily, pula menyiarkan laporan bagaimana Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh meminta agar pengundi tidak ragu-ragu memenangkan calon mereka pada 20 Nov ini.

Khaled berkata sudah jelas bahawa PAS memilih PN berbanding mengutamakan Muafakat Nasional dan laungan mereka mahu menyatukan ummah dianggap hanya sekadar “halwa telinga”.

Wajar kekal dengan PN

Menjelaskan ketegasan Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu, Khaled berkata ia bukan disebabkan kerana mereka membelakangkan kepentingan bangsa.




Sebaliknya, kata Khaled, ia dibuat kerana Umno melihat Bersatu dibidankan untuk menggantikan Umno, justeru jelas menunjukkan parti itu adalah musuh.

“PAS wajar mengerti kedudukan ini. Kerana itu Umno tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan Bersatu.

“Seperti Umno juga tidak pernah mengusahakan perdamaian di antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana Umno tahu sejarah kedua-dua parti itu,” katanya.

Tambah bekas pengerusi Boustead Holdings Bhd itu lagi PAS tidak boleh mengikat Umno dengan Muafakat Nasional dan pada masa menginginkan PN.

“PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki,” katanya.




Tambah Khaled keputusan PAS itu juga sebenarnya memberi ruang dan peluang untuk BN kembali kepada sebuah parti yang sederhana, pelbagai budaya serta progresif.

Tanpa PAS, katanya, Umno tidak lagi terbelenggu oleh sesiapa dan ia dapat mencorakkan jalan ke hadapannya.

“Umno sedar, jalan kemenangan ialah (dengan) sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan,” katanya. Mk

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.