PRN Melaka: Rauf tak pandang ringan lawan

PRN Melaka: Rauf tak pandang ringan lawan

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka Ab Rauf Yusoh, tidak memandang ringan saingannya di kawasan itu.

Mengakui tanggungjawab dianggap sebagai calon ‘heavyweight’ BN agak berat, namun beliau yakin dengan pengundi yang mahukan calon setia untuk menaungi kawasan mereka.

“Jika dilihat daripada pandangan dan pendapat masyarakat tatkala kita menang seluruh Masjid Tanah pada PRU lepas, kita telah melihat ada tokoh yang tinggalkan parti, belot pada perjuangan parti datang kembali menagih sokongan rakyat.

“Saya rasa rakyat Tanjung Bidara pun tahu kita tak perlu orang yang tak setia, meninggalkan perjuangan parti untuk kepentingan peribadi, dan ini akan diterjemahkan pada hari pengundian 20 Nov nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rauf yang juga Ketua Umno Melaka berkata, jentera BN di Tanjung Bidara dan seluruh negeri, telah mula bergerak untuk meraih sebanyak mungkin undi sepanjang tempoh berkempen ini.

Beliau berkata, amat penting menyampaikan kepada pengundi di Melaka untuk memilih kerajaan yang stabil di negeri ini, demi kelangsungan kemakmuran dan ekonomi negeri Melaka.

“… dan Kerajaan yang kuat dan stabil untuk mengurus negeri itu ialah kerajaan BN, justeru kita menyeru kepada rakyat Melaka untuk memberi mandat kepada BN,” katanya.

Sementara itu beliau menafikan terdapat protes dalam kalangan penyokong akar umbi, apabila ada pemimpin mereka tidak dicalonkan sehingga wujud beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) didakwa telah ditutup.

“Ia adalah propaganda politik, tidak ada satu pun pusat operasi ditutup, beberapa pusat yang bermasalah selepas penamaan calon telah dibuka sepenuhnya, untuk jentera menjalankan tugas sehingga hari pengundian,” katanya.

Katanya tiada isu ada calon tidak berpuas hati kerana wakil-wakil rakyat sebelum ini mengiringi dan menyokong sepenuhnya calon baharu yang menggantikan mereka sewaktu penamaan calon, dan kebersamaan itu satu petanda baik membuktikan mereka terbuka memberikan kerusi mereka kepada calon muka baharu.

“Saya yakin muka-muka baharu ini telah mendapat restu daripada wakil-wakil rakyat yang memberikan kerusi kepada mereka,” katanya.

PRN Melaka menyaksikan Rauf akan menentang calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH). Penyandang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu ialah Md Rawi Mahmud dari BN. FMT

PRN Melaka: Rauf tak pandang ringan lawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker