PRN Melaka: Dira janji untuk perform

PRN Melaka: Dira janji untuk perform

Calon muka baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Khaidhirah Abu Zahar, mengakui berdepan cabaran sebagai calon wanita muda namun beliau tetap mahu memastikan pembangunan dalam pendidikan rakyat menjadi keutamaan.

Beliau yang dikenali sebagai Dira berkata, pembangunan pendidikan, jaringan penyampaian maklumat dan perkhidmatan juga akan diberi tumpuan sepenuhnya jika dipilih menjadi wakil rakyat.



“Saya bertuah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN Rim dan ini satu cabaran pada saya untuk kekalkan reputasi terbaik di DUN ini.

“Menjadi calon wanita muda juga adalah cabaran dan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada penduduk di DUN ini,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, katanya sebagai calon baharu, beliau berbesar hati mendapat kerjasama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Ghazale Muhamad untuk meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya bertuah dicalonkan di DUN Rim, ini kampung keluarga emak saya dan sebahagian keluarga saya ada di sini, tiada masalah setakat ini kerjasama diberikan kepada saya dan terima kasih kepada Ghazale memberi dorongan untuk membantu.



“Sebagai calon baharu saya diberi mandat untuk meneruskan legasi dan khidmatnya, beliau tidak terima sebarang rungutan sebelum ini dan itu cabaran utama kepada saya untuk ‘perform’ sebaik mungkin.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk laksanakan kerja Ghazale sebelum ini andai saya diberikan mandat pada 20 Nov nanti,” katanya. FMT

PRN Melaka: Dira janji untuk perform


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker