PRN Johor : Sejarah PRN Melaka Akan Berulang Di Johor

Oleh Leftenan Adnan

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini akan berulang kembali di Johor pada 12 Mac. BN yang kembali mendapat perhatian di mata rakyat selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang juga didokong parti Bersatu dan Pejuang sebelum ini mentadbir negara.

Datuk Adnan Seman, Pengerusi Sekretariat Komunikasi BN (BN Comms) ditemui berkata, kejayaan BN di Melaka akan dibawa ke Johor apabila dapat disaksikan pilihan lebih dari tiga calon ataupun parti di sesebuah tempat seperti di Melaka.



Perkara sebegini sudah pastinya akan memberi kelebihan kepada BN pada PRN Johor. Kehadiran parti Muda, Pejuang serta Warisan kali ini akan memberi ruang lebih kepada BN apabila pengundi yang menolak BN akan berpecah trend pengundiannya.

BN akan dijangka menang dengan selesa di Johor kali ini dengan trend pengundiaan yang akan menyokong seperti mana berlaku di Melaka.

Tambahan beliau lagi, PRN Johor ini bukan soal 1MDB ataupun Dato’ Seri Mohd Najib seperti mana yang dipermainkan oleh pihak parti lawan tetapi soal apa yang ditawarkan untuk pengundi. BN yang menawarkan lima ikhtiar sudah pastinya akan dinilai baik oleh pengundi untuk kestabilan negeri ini.

Ikhtiar BN Johor yang bertemakan Kestabilan Masa Depan, yang menggariskan lima teras utama amat realistik dengan keadaan semasa apatahlagi segala garis panduan dinyatakan.



Antara lima ikhtiar termasuk Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan Reformasi Politik.

PRN Johor yang akan memperlihat penambahan pengundi mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18. Daripada jumlah penambahan itu, sudah pasti akan memberi satu implikasi besar buat masa depan negeri.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker