Thalita Latief dituduh perampas suami orang

Thalita Latief dituduh perampas suami orang

PELAKON Thalita Latief dituduh sebagai perampas gara-gara dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga selebriti media sosial, Irena Fabiola bersama suaminya, Ichsan Reinaldi.

Ujar Thalita, dia dituduh sebegitu kerana kerap berhubung dengan Ichsan sehingga awal pagi menerusi aplikasi WhatsApp dan diketahui oleh Irena.

“Memang betul saya berbual dengan Ichsan sehingga pukul empat pagi menerusi WhatsApp. Tetapi kami tidak berbual tentang perkara yang bukan-bukan.

“Kami hanya bercakap tentang permainan bola sepak. Gara-gara itu saya telah dituduh sebagai perampas suami orang,” jelasnya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi sinetron Cinta Remaja itu lagi, dia memang menggemari sukan bola sepak dan pernah digelar seorang ‘tomboy’ gara-gara sikapnya yang agak kasar.

“Saya sangat suka sukan bola sepak. Selalunya siaran bola sepak melibatkan permainan antarabangsa akan disiarkan pada awal pagi.

“Jadi pada waktu itulah saya berborak dengan Ichsan tentang perlawanan bola sepak sambil menonton,” jelas Thalita.
K Online

Thalita Latief dituduh perampas suami orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker