BN janji peruntukan untuk semua ADUN Melaka termasuk pembangkang

BN janji peruntukan untuk semua ADUN Melaka termasuk pembangkang

Barisan Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri kelak.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini termasuk ADUN bukan kerajaan sebagai langkah memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira latar belakang politik.

“Kematangan politik ini turut dimanifestasikan menerusi cadangan meminda perlembagaan negeri bagi tujuan melantik lima orang ADUN tambahan termasuk dari kalangan belia dan NGO bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik semata-mata.

“Ini menunjukkan ketersediaan dan keberanian pentadbiran kerajaan negeri yang bakal diwujudkan kelak untuk mendengar suara semua pihak,” katanya ketika membentangkan manifesto BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sini hari ini.

Sehubungan itu Mohamad berkata, BN mesti menang dua pertiga daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam PRN ini. BH

BN janji peruntukan untuk semua ADUN Melaka termasuk pembangkang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker