18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air

18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air

Sebanyak 18 lokasi pusat peranginan di Kedah dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air terutama ketika musim hujan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata antara lokasi tumpuan orang ramai berisiko tinggi termasuk pusat peranginan Titi Hayun di Yan, selain kawasan air terjun di Junjung di Kulim, Pusat Rekreasi Tupah di Merbok Sungai Petani, Air Terjun Batu Hampar di Yan, Air Terjun Temurun, Jalan Datai di Langkawi, Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi.

Selain itu, Hutan Lipur Puncak Janing di Kuala Nerang, Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi, Sungai Kuala Sedim di Kulim, Air Terjun Ulu Paip di Kulim, Air Terjun Bukit Hijau di Baling, Air Terjun Lata Bayu di Baling, Air Terjun Lata Mengkuang di Sik, Perangin di Sik, Tasik Beris di Sik, Sungai Kulim, Lata Celak Iboi di Baling.

Katanya, dua lagi lokasi tumpuan ramai ialah Sungai Ketil di Baling dan Sungai Empangan Pedu di Kuala Nerang serta Bukit Wang di Jitra.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan pada waktu ini kerana dimaklumkan cuaca hujan bermula pada 3 Nov sehingga hujung bulan ini dan sepanjang tempoh itu akan berlaku lebih kerap banjir kilat serta hujan lebat.

“Saya nasihatkan, tangguh dahulu mengunjungi kawasan peranginan terutama kawasan air terjun atau sungai kerana bimbang berlaku kejadian seperti ini ketika cuaca yang tidak menentu ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dalam kejadian kepala air yang berlaku di sekitar Bukit Wang malam tadi, pasukan bomba berjaya menyelamatkan 20 mangsa iaitu dua mangsa terperangkap di pusat peranginan di Bukit Wang dan 18 mangsa lagi di Surau Batu Sungai Changlun.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang itu menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan penempatan dengan air dilaporkan naik sehingga lebih 1.5 meter. FMT

18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker