Pulau Perhentian dilanda banjir kilat

Pulau Perhentian dilanda banjir kilat

KUALA TERENGGANU: Kampung Pulau Perhentian, Besut dilanda banjir kilat akibat fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan Mat Nasir, berkata hujan bermula seawal jam 1 pagi dan ia mula melimpah ke kediaman penduduk lima jam kemudian.



“Tiada penduduk yang dipindahkan memandangkan air kembali surut dua jam selepas itu.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama banjir kilat melanda kampung ini dan penduduk memang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita turut berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan isu parit yang tersumbat memandangkan masalah ini sudah lama membelenggu penduduk dan mendatangkan masalah setiap kali musim tengkujuh,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan semasa.



Fenomena air pasang besar dijangka melanda Terengganu sebanyak empat kali pada bulan ini susulan Monsun Timur Laut. BH

Pulau Perhentian dilanda banjir kilat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra



Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker