Saiful Apek jadi pemain bola sepak (video)

Saiful Apek jadi pemain bola sepak

Selepas tamat perlawanan bola sepak, kebiasaanya akan diadakan satu sesi temu bual oleh pengulas sukan bersama jurulatih mahupun pemain itu sendiri, ia bertujuan bagi mengulas kembali corak permainan yang dilakukan sebentar tadi sewaktu dalam perlawanan.

Namun apa yang menarik perhatian, tular satu video sesi temu bual bersama jurulatih pasukan bola sepak Melaka United, Zainal Abidin Hassan, telah tersalah menyebut nama pemain yang beraksi di padang, lantas telah mengundang kelucuan pada melihatnya.

Zainal telah tersalah sebut nama penjaga gawang gol pasukan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek dengan menyebut panggilan Saiful Apek yang merupakan seorang pelawak terkenal.

Disini memang nampak kelebihan pada Saiful Apek, Saiful Apek menunjukkan aksi yang begitu baik, dalam menentang Selangor semi final yang lalu,” kata Zainal.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang invididu bernama Naem Zaini di aplikasi Tik Tok apabila jurulatih tersebut telah di temu bual oleh pengulas sukan Hafizal Hamad, ketika perlawanan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Kelantan.

Lantaran itu, rata-rata telah mengundang rasa terhibur melihat jawapan yang diberikan oleh Zainal Abidin sewaktu sesi temu bual berkenaan.

Adoi pecah perut, yakin betul Saiful Apek

“Dia pernah menjadi juri sewaktu musim pertama Maharaja lawak, jadi terbiasa buat lawak rasanya

Tak apa yang penting, jurulatih sangat “confident”,” komen netizen.

Meskipun begitu, aksi perlawanan ini sudah lama berlalu, namun ia kembali hangat diperkatakan setelah ditularkan baru ini menerusi aplikasi Tik Tok.

[videopress wEHF3552]

Saiful Apek jadi pemain bola sepak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker