#PRNMELAKA : PAS SUDAH DITAWARKAN KERUSI DI PRN MELAKA – TOK MAT

Oleh Bamjekk

https://youtu.be/We_JYG8B8Ek

‘Semua orang salahkan UMNO, semua orang kata UMNO tamak… tamak kuasa… saya tak nampak tamak kuasa dimana? Kalau kita tamak kuasa semasa Pakatan Harapan (PH) jatuh.. kita tak bagi orang lain menjadi perdana menteri kan…. Kita masa itu 43 kerusi (parlimen BN) parti yang terbesar… tapi kita bagi.. pada ketika itu kita nak lihat PH jatuh..’

Timbalan Presiden UMNO Malaysia Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan berkata demikan dalam satu wawancara khas  di Villa D Acqua Tanjung Bidara disini.

Katanya, orang nampak UMNO sahaja yang tak elok, sebelum ini saya sebagai pengerusi bersama Muafakat Nasional (MN), dalam mesyuarat MN bersetuju masing-masing menggunakan logo masing-masing dalam setiap pertandingan PRK, PRN atau PRU ke 15 nanti.

‘Dalam jawatankuasa MN pusat, kita semua sudah bersetuju.. yang mana kerusi BN menang BN akan pertahankan, yang mana kerusi PAS menang PAS akan bertanding dikerusi tersebut, manakala kerusi-kerusi lain yang BN kedua terbanyak BN akan bertanding di kerusi tersebut dan sebaliknya juga untuk PAS’

‘ Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kita jemput rakan MN dalam PRN kali ini tetapi dengan menggunakan logo sendiri supaya pengundi tidak keliru semasa kempen dan hari pembuangan undi nanti, saya merasa perkara itu tidak menekan sesiapa malah dipersetujui dalam mesyurat sebelumnya’

‘Mengikut formula biasa PAS tidak akan dapat kerusi di Melaka, memandangkan pertimbangan yang dibuat kita (UMNO) bersedia memberi PAS kerusi yang pasti menang dalam PRN kali ini tetapi perkara itu tidak terjadi’

Tambahnya, ini bukan pilihanraya kecil… ini pilihan raya umum negeri Melaka dan UMNO telah putuskan didalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan PPBM, itu nyata dan jelas. Saya tiada kuasa untuk menghalang apa yang diputuskan didalam PAU melainkan UMNO mendapat mandat baharu daripada akar umbi yang mana diadakan AGM khas untuk mendapat mandat baharu tersebut.

#NODAP #NOPKR #NOPPBM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker