Netflix mampu tarik pelanggan baharu Astro

Netflix mampu tarik pelanggan baharu Astro

Astro Malaysia Holdings Bhd dijangka dapat menarik pelanggan baharu menerusi pakej langganan terkini yang turut disertakan perkhidmatan penstriman Netflix.

Penganalisis RHB Research, Jeffrey Tan, berkata pakej langganan baharu Astro itu dilihat menepati kehendak pengguna, yang mana

kawalan dan fleksibiliti lebih baik akan mengurangkan risiko langganan ditamatkan selain menarik pelanggan yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan televisyen berbayar itu sebelum ini.

“Penambahan perkhidmatan Nextflix mengukuhkan nilai keseluruhannya selain menyokong kedudukan Astro dalam segmen tontonan ‘on-demand’,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Astro pada Selasa memperkenalkan sembilan pelan langganan baharu, bersama pelancaran Netflix di platformnya.

Tan berkata, perkhidmatan Netflix itu adalah bahagian penting usaha Astro beralih daripada saluran linear, dengan mengumpulkan isi kandungan penstriman video ‘on-demand’ (SVOD).

Katanya, Netflix menyertai barisan perkhidmatan SVOD lain termasuk QiYi, HBO GO, Disney+Hotstar (D+H) dan TVB Anywhere+.

“Kami melihat pakej langganan yang diringkaskan itu dapat mengukuhkan nilai isi kandungan keseluruhan Astro, dengan fleksibiliti lebih baik untuk pelanggan, menerusi pakej gabungan filem atau sukan,” katanya.

Tan berkata, walaupun D+H diperkenalkan sebagai pilihan kepada pelanggan ‘Movie Pack’ dengan tambahan RM5 sebulan, Netflix ditawarkan sebagai pakej tunggal berharga bermula RM129.99, yang berkemungkinan menarik segmen pasaran lebih premium.

“Tiada rebat diberikan untuk menggabungkan langganan Netflix dengan pakej Astro.

“Namun, pelanggan ditawarkan diskaun antara RM10 hingga RM15 bagi langganan bulanan mereka dengan kontrak antara 12 ke 24 bulan, selain tambahan rebat jika pakej jalur lebar fiber turut dimasukkan.

“Pelanggan sedia ada dengan langganan berasingan Netflix boleh mengakses aplikasi Astro tanpa dikenakan kontrak semula,” katanya.

Tan berkata, Astro dijangka melancarkan perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada gaya hidup dalam 12 bulan akan datang.

“Pada pandangan kami, naik taraf teknologi dan kadar penembusan lebih tinggi kotak ‘set-top’ 4K Astro akan menyokong hubungan bersama pengguna dan menghasilkan pertumbuhan lebih tinggi dalam jangka panjang,” katanya. BH

Netflix mampu tarik pelanggan baharu Astro


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker