Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Istana Bogor

Sebaran :

Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Istana Bogor

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia, bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Bogor hari ini.

Ismail Sabri diberikan sambutan permaidani merah dan kawalan kehormat. Beliau disambut Jokowi sebaik tiba di kompleks pejabat eksekutif dan kediaman rasmi presiden.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan tembakan meriam.



Kemudian, Ismail Sabri sambil diiringi Jokowi, memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan presiden.

Beliau turut diperkenalkan kepada menteri Kabinet Indonesia sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan agenda perbincangan.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, termasuk pengaturan koridor perjalanan, pendidikan, maritim, perdagangan dan pelaburan serta perkara berkaitan kastam.

Satu sidang akhbar bersama dijangka diadakan selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan mengukuhkan kepentingan strategik bagi dua negara yang mempunyai hubungan terpenting di Asia Tenggara itu.



Pada 5 November lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata akan membincangkan pembangunan di sempadan Sabah dan Kalimantan bersama Jokowi, memandangkan Indonesia merancang untuk memindahkan ibu negaranya ke pulau Borneo pada separuh pertama 2024.

Perdana Menteri tiba di Jakarta semalam untuk memulakan lawatan pertamanya ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021. BH

Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Istana Bogor


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply