PRN Melaka: BN lancar manifesto 5 tahun Melaka

Sebaran :

PRN Melaka: BN lancar manifesto 5 tahun Melaka

AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) menyenaraikan lima teras utama dalam “Buku Manifesto 5 Tahun Melaka” yang dilancarkan hari ini.

Lima teras utama itu ialah mengekalkan kestabilan politik menerusi agenda meraikan politik yang matang, lonjakan ekonomi baharu, kecekapan tadbir urus, masyarakat bersatu padu serta pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran.

Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya, Mohamad Hasan, berkata manifesto yang digarap untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka cukup realistik dalam konteks pelaksanaannya.



Katanya, manifesto BN berdasarkan keperluan rakyat Melaka yang dikehendaki sebenar-benarnya.

“Sebagai kelangsungan kepada tema Kestabilan dan Kemakmuran, BN mengangkat aku janji yang sekali gus menjadi ikrar kami kepada rakyat Melaka dengan berpandukan lima teras utama.

“Hasil daripada pembangunan dirancang akan mendatangkan manfaat kepada rakyat. Episod lalu telah membuka mata kepada kita bahawa ketidakstabilan berlaku bukan disebabkan oleh rakyat,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Menteri Sulaiman Md Ali melancarkan Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka 2021, Melaka 5 Tahun – Kestabilan Demi Kemakmuran secara maya. FMT



BERITA LANJUT MENYUSUL

PRN Melaka: BN lancar manifesto 5 tahun Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga



Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply