Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah

Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu memperbesar-besarkan video tular kononnya beliau tidak dilayan dan pelanggan keluar dari sebuah kedai yang dilawatinya baru-baru ini.

Menurut Najib, beliau telah biasa dengan lemparan fitnah ke atas dirinya.

“Tidak mengapa. Saya dah biasa difitnah. Dalam politik ni macam-macam ada. Terima kasih atas penjelasan ini kepada kawan-kawan semua.

“Terima kasih juga atas layanan mesra dan hidangan yang sedap. Siapa-siapa ada masa bolehlah datang sini cuba.

“Semoga saudara-saudari semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Nya,” komennya pada hantaran pemilik kedai terbabit di Facebook yang menafikan kejadian berkenaan.

Tular hari ini video kononnya Ahli Parlimen Pekan itu tidak disambut dan dilayan ketika hari ke sebuah premis perniagaan.

Video pendek berkenaan memaparkan pekerja kedai berkenaan sedang membersihkan premis tersebut manakala pelanggan pula dilihat keluar daripada kedai berkenaan.

Pemilik kedai Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, Haslinda Musa menafikan dakwaan dalam video tular yang disifatkan sebagai fitnah yang boleh memburukkan nama kedainya.

Menurut Haslinda, ketika hari kejadian air pasang besar sedang berlaku dan meja-meja yang diletakkan di luar terpaksa di bawa masuk ke dalam kedai.

“Sebenarnya masa bosku datang tu air laut tengah pasang besar jadi semua semua meja di bawah pokok kita tidak boleh nak letak. Jadi semua meja kita pindah masuk ke dalam kedai dan juga di seberang sungai.

“Pada hari kejadian kita buka kedai pukul 8 pagi untuk orang awam dulu sebelum bosku datang. Bosku datang awal 10 minit daripada jadual dia, jadi kita orang pun kelam-kabut sebab tak sempat lagi nak bersihkan kedai.

“Jadi itu kita orang terpaksa kemaskan meja, nak sapu lantai. Lepas tu kita orang susun balik meja. Sementara susun meja itu Datuk Seri Najib sedang beramah mesralah dengan customer akak yang datang dekat sebelah sungai sana. Apa yang diviralkan itu tak betulah, fitnah,” katanya dalam sebuah klip video.

Haslinda berkata, dia gembira Najib sudi datang ke kedainya dan dia ketika itu yang dalam keadaan berpantang kerana lepas bersalin sanggup turun ke kedai untuk menyambut dan bertemu Najib.

“Kalau sudi yang lain tu jemput datanglah makan-makan kat kedai akak ya. Terima kasih kepada bosku sudi datang kedai kak lin.

“Kedai kita warung biasa je, bila vvip datang kita sambut beliau. Akak pun baru lapan hari masa dia datang tu, lagi excited turun juga ke kedai, sambut kedatangan beliau.

“Jadi jemputlah datang, tak kira penyokong ke, parti mana, akak akan layan semua pelanggan-pelanggan akak,” katanya. SM

Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker