Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran

Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran

JASAD seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau, Indonesia ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.

Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44, Syafitri, 22, Selvina Putri, 17, dan Hazim Zhafran Syaputra, 3.

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.

Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.

Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya.

Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.

Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.

Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru.

Mingguan Wanita : Semoga suami ini tabah berdepan dengan kehilangan isterinya dan anak-anak sekaligus. Tentu berat untuk kakinya melangkah untuk meneruskan hidup.-MW

Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker