PRN Melaka: Kempen Cara 'Lama' Masih Dirindui, Kaedah Baru Terpaksa Dipraktikkan — MYKMU.NET

PRN Melaka: Kempen Cara ‘Lama’ Masih Dirindui, Kaedah Baru Terpaksa Dipraktikkan

Sebaran :

PRN Melaka: Kempen Cara ‘Lama’ Masih Dirindui, Kaedah Baru Terpaksa Dipraktikkan

MELAKA: ”Macam kembali ke zaman 70-an.” Begitulah ulasan spontan salah seorang bakal pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Mohd Arshad Ismail, 68, ketika melihat kenderaan parti yang dipasang alat pembesar suara bagi tujuan kempen mengenal calon yang dilakukan di sekitar Bukit Beruang di sini pada Rabu.

Peniaga makanan itu berkata, kaedah itu mungkin nampak seperti ketinggalan zaman tetapi tetap menjadi langkah terbaik bagi mengelak orang ramai berhimpun dan meningkatkan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini.

”Sebagai orang tua mungkin cara ini saja kita boleh kenal calon sebab saya tak guna sangat Facebook, apatah lagi yang lain-lain. Selalunya dapat maklumat pun melalui kumpulan WhatsApp rakan-rakan.



Jadi lagi kerap kenderaan tersebut lalu di kawasan ini, mungkin kita akan ingat muka calon tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau juga mengakui kempen kaedah baharu seperti di media sosial dan penggunaan pembesar suara pada kenderaan parti sedikit sebanyak “menyuramkan” suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

”Lebih terasa apabila tiada ceramah di pusat gerakan atau di padang macam dulu. Beramai-ramai duduk dan dengar ceramah lepas Isyak. Paling penting kita boleh bersoal jawab dengan calon dan dari situ, baru nampak kredibiliti calon yang bertanding.

Saya rasa, cara tradisional lebih sesuai dan mesej lebih sampai kepada penduduk terutama di kampung-kampung berbanding kaedah sekarang. Tapi kita kena fikir tentang kesihatan orang lain juga,” katanya.

Bagi Natasha Bismil, 23, beliau tidak kisah mana-mana platform yang digunakan calon dan parti selagi maklumat terutama berkaitan calon sampai dan dilakukan dalam keadaan terkawal.



”Kalau saya, memang lebih suka penggunaan media sosial sebab maklumat itu lebih cepat sampai dan ia boleh diakses di mana-mana.

Memang kita tak akan jumpa dengan calon secara bersemuka terutama yang calon baharu. Sebab itulah calon perlu memaksimumkan penggunaan media sosial, kena lebih ke depan untuk menonjolkan diri,” kata pegawai perhubungan awam di sebuah hotel di sini.

Pada 8 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan calon hanya boleh berkempen melalui kenderaan yang dipasang alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan dalam permit PDRM dan tidak membenarkan penganjuran ceramah atau berkempen secara fizikal sepajang tempoh pilihan raya.

Justeru media sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok serta Instagram menjadi platform penting sepanjang tempoh menuju hari pengundian pada 20 Nov, terutama rata-rata parti yang bertanding mengetengahkan muka-muka baharu.– BERNAMA



PRN Melaka: Kempen Cara ‘Lama’ Masih Dirindui, Kaedah Baru Terpaksa Dipraktikkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: