Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!

Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!

KAUM lelaki lebih cenderung mengabaikan masalah kesihatan mereka disebabkan pelbagai faktor termasuk bimbang sumber pendapatan akan terjejas sekiranya perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, adakah wajar mereka bersikap demikian?



Di Malaysia, penyakit jantung iskemik kekal sebagai punca utama kematian bagi golongan lelaki dengan statistik sebanyak 17.3 peratus kematian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Maksud penyakit jantung iskemik adalah ketika penurunan aliran darah atau kekurangan oksigen mempengaruhi otot jantung.

Lebih malang, terdapat peningkatakan ketara bagi kes kematian mengejut yang terjadi disebabkan oleh penyakit ini.

Sesetengah daripada komplikasi jantung ini mungkin berlaku secara tiba-tiba kerana tanda-tanda awal telah diabaikan oleh para lelaki untuk mengelak daripada mewujudkan perbualan tentang isu tersebut atau mendapatkan rawatan yang sewajarnya.



Gaya hidup tidak sihat seperti merokok turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung.

Paling biasa seperti masalah saluran koronari tersumbat akibat plak pecah atau malignant arrhythmia, seperti Ventricular tachycardia atau Ventricular fibrillation yang menyebabkan tiada darah dapat dipamkan daripada jantung ke seluruh badan.

“Antara simptom yang pesakit perlu awasi adalah rasa debaran tanpa sebab (palpitation), situasi hampir pengsan atau pengsan sehingga tidak sedarkan diri manakala mereka yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit arteri koronari (CAD) mungkin mengalami sakit dada dan sesak nafas semasa bersenam atau melakukan kerja berat – dan boleh menyebabkan berlakunya kematian mengejut.



“Kematian mengejut boleh disebabkan oleh masalah-masalah jantung kongenital seperti Sindrom QT Panjang (Long QT Syndrome), penebalan otot jantung yang abnormal (Hypertrophic Obstructive Cardiomyopathy), ARVD (Arrhythmogenic Right Ventricular Dysplasia) atau sindrom Brugada (masalah genetik yang menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur),” katanya.

Dr Tee berkata, kes kematian mengejut sering dikaitkan tanpa gejala yang seterusnya menyebabkan pesakit pengsan atau meninggal dunia tanpa sebarang amaran.

Jelasnya gejala seperti lesu, sesak nafas semasa melakukan kerja berat, sakit dada, dada berasa tidak selesa selepas makan (postprandial angina) dan keletihan tidak boleh diabaikan kerana ini adalah petunjuk seseorang itu mempunyai masalah jantung.

Dr Tee Chee Hian, Consultant Cardiologist and Internal Medicine Physician 2



Pakar Kardiologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMVC), Dr Tee Chee Hian.

Siapa berisiko berdepan kematian mengejut?

Bagi penyakit arteri koronari (CAD), Dr Tee memberitahu lelaki lebih cenderung untuk menghadapi penyakit ini berbanding wanita.

Jelasnya, pesakit yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit jantung kongenital lebih berisiko mati secara mengejut meskipun di usia muda.



Bagi yang sudah berusia pula, kata Dr Tee, kebiasaannya pesakit akan rebah secara tiba-tiba dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Kami pernah berhadapan dengan kes seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan seorang perokok dan tiada rekod pemeriksaan kesihatan, beliau tiba-tiba mengalami sakit dada dan berpeluh yang tidak normal semasa sedang berjalan di taman – beliau terus dikejarkan ke bilik kecemasan dan memerlukan CPR.

Amalkan gaya hidup sihat dapat menyelamatkan nyawa anda.



“Hasil daripada ujian ECG menunjukkan bahawa beliau mempunyai malignant rhythm Ventricular fibrillation, dan malangnya, pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan,” kongsinya.

Terdapat beberapa langkah yang kaum lelaki dapat amalkan untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik, antaranya dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bebas daripada merokok, mengamalkan diet seimbang dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan, dan senaman yang dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular seperti berlari, berjoging dan berbasikal.

“Menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengesan sebarang kemungkinan bagi menghadapi dyslipidemia (paras kolestrol yang tidak normal), tekanan darah tinggi dan diabetes melitus adalah sangat penting untuk mengelak faktor-faktor risiko CAD melalui amalan diet, pengambilan ubat-ubatan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Mengenal pasti pembunuh senyap lain

Sementara itu, Pakar Urologi SMCV, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam menjelaskan selain masalah kardiovaskular, satu lagi pembunuh senyap yang perlu diawasi lelaki ialah kanser prostat.

Kanser prostat jelasnya merupakan penyakit ketiga paling lazim dalam kalangan lelaki di Malaysia. Perkara ini adalah kerana kanser ini bersifat tidak bergejala di peringkat awal.

Kanser prostat juga antara pembunuh senyap kaum lelaki.

“Pesakit digalakkan untuk menjalani pemeriksaan sekiranya mereka mempunyai risiko untuk mendapat kanser ini, terutamanya jika pesakit itu mempunyai sejarah pesakit kanser prostat atau kanser payudara dalam kalangan ahli keluarganya – ujian saringan boleh dibuat seawal usia 45 tahun.

Dr Selvalingam menerangkan meskipun lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan 70-an lebih cenderung untuk mengalami kanser prostat, namun pihaknya juga pernah mengesan kes kanser dalam kalangan lelaki seawal berusia 50-an.

“Diagnosis awal adalah kunci kerana ia berpotensi untuk dirawat jika dikesan pada peringkat awal,” pesannya.

Dalam pada itu, Dr Selvalingam menjelaskan pesakit yang lebih muda boleh memilih pembedahan untuk membuang prostat mereka, dan pembedahan ini selalunya mempunyai kesan masa panjang yang baik.

“Pembedahan adalah selamat, kurang menyakitkan dengan masa pemulihan yang lebih singkat kerana pembedahan ini dapat dijalankan secara pembedahan ‘keyhole’ yang dibantu oleh robot,” tambahnya.

Dato' Dr Selvalingam, Consultant Urologist

Pakar Urologi SMCV, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam.

Merujuk kepada sesetengah kes, pesakit mungkin mudah keliru penyakit benign prostate hyperplasia (BPH) sebagai petanda kanser, namun Dr Selvalingam menerangkan bahawa itu hanyalah sebuah tanggapan yang salah.

Sebaliknya, pesakit yang mempunyai gejala BPH selalunya akan melalui ujian saringan untuk kanser prostat dan BPH, dan kanser prostat ialah patologi yang berlainan dari BPH di mana BPH lazimnya dirawat dengan sejenis ubat yang dikenali sebagai ‘alpha blockers’ atau melalui pembedahan.

Pesakit kanser prostat perlu memantau pemakanan mereka – Dr Selvalingam memberitahu bahawa antara jenis diet yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat termasuk daging merah, makanan yang mempunyai jumlah serat sedikit dan pengambilan makanan diproses berlebihan.

“Pengambilan makanan seperti tomato yang telah dimasak, produk berasaskan soya, teh hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat dapat memberi perlindungan tambahan dari kanser prostat,” tambah beliau.

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki pada November ini, SMCV menjalankan kempen #BROvember untuk mengalakkan lebih ramai lelaki menjadi proaktif dalam menjaga kesihatan demi masa hadapan mereka dan keluarga tersayang.

Melalui kempen ini, SMCV memberikan diskaun bagi pakej-pakej saringan kesihatan dan pakej saringan jantung komprehensif, gastroskopi, kolonoskopi dan skop atas dan bawah (upper and lower GI), dan juga pemberian ujian testosteron percuma serta harga istimewa bagi saringan ujian darah dan penanda tumor.

Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker