Rupa-rupanya tikus gigit ayam di pasar basah [VIDEO]

Rasa curiga seorang wanita membawa kepada penemuan jijik seekor tikus sedang menggigit ayam mentah di sebuah pasar basah.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik @_F4dhil4hm4d_ di akaun Tiktok miliknya berkata, dia mula menyedari kehadiran tikus itu selepas curiga dengan kelibat hitam berdekatan ayam tersebut.

“Aku tengok dari kereta sajalah, aku “zoom” dekat – dekat untuk tengok binatang apa itu. Rupa-rupanya tikus, rakam je lah mampu,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang basah.

“Awak semua berjaga-jaga lah dalam membeli lauk basah yang terdedah, takut ada yang jadi begini. Beringatlah dalam membeli, risiko mesti akan ada,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pendapat mengenai video yang tular itu.

“Bahaya untuk kesihatan, boleh kena jangkitan kencing tikus,” komen Hazlyna.

“Patutlah sekarang selalu keracunan makanan,” kata Siti Anisah.

Setakat ini, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 126 ribu tontonan dan meraih 2,615 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookTwitterInstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker