Najib, Ku Nan di Mahkamah Rayuan rezeki yang berbeza

SHAH ALAM – Dua kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin negara di Mahkamah Rayuan berakhir dengan dua kisah berbeza.

Selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor dibebaskandan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima keputusan sebaliknya pagi ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sebelum itu dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi bagi kes pendakwaan masing-masing.



Tengku Adnan atau Ku Nan pada 21 Disember 2020, dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, didapati bersalah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Kin Kong.

Kin Kong, memberikan wang itu melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja rasminya.

Bagaimanapun dalam rayuannya Julai lalu, dengan keputusan 2-1 oleh tiga panel hakim, Mahkamah membenarkan permohonan Ku Nan untuk mengetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan pula, pada Julai tahun lalu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi dalam kes dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Sama seperti Ku Nan, beliau juga membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Namun, walaupun telah mengemukakan lebih 300 alasan mengapa Najib tidak bersalah, tetapi alasan itu gagal meyakinkan tiga hakim Mahkamah Rayuan untuk melepaskan Najib.



Dalam keputusan pagi tadi, tiga hakim sebulat suara mengekalkan sabitan salah dibuat Mahkamah Tinggi terhadap Najib atas tujuh pertuduhan.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu, pasukan peguam Najib dijangka membuat satu lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Najib, Ku Nan di Mahkamah Rayuan rezeki yang berbeza


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker