Penempatan Melayu perlu kekal di Kampung Baru



SHAH ALAM – Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur dekat sini perlu memberikan jaminan penempatan warga Melayu di ibu kota tersebut terus wujud.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur tidak harus hanya tertumpu kepada menetapkan harga pampasan dengan konsep ‘willing buyer and willing seller’.

“Walaupun kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sudah merancang pembangunan di kawasan tersebut secara ‘parcel’, namun yang terpenting ia tidak berkonsep memindahkan penduduk Melayu dikeluarkan dari perkampungan tersebut.

“Langkah terbaik adalah penyusunan semula perkampungan tersebut secara berperingkat dengan lebih teratur dan meningkatkan prasarana asas yang lebih sempurna selain terus mengekalkan penempatan warga Melayu di lokaliti itu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan konsep membeli tanah dengan mengambil alih tanah di Kampung Baru dan kemudian membiarkan warga mencari penempatan di tempat lain adalah tidak wajar.




Ini ekoran, katanya, banyak penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur kini sudah tidak lagi wujud.

“Kampung Kerinci dan Kampung Abdullah Hukum adalah contoh bila orang Melayu akhirnya terpaksa tinggal di flat yang sesak dan tidak selesa setelah dipindahkan dari kawasan asal mereka.

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikatakan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk membina dan meningkatkan infrastruktur di Kampung Baru itu wajar dilaksanakan,” jelasnya. – K! ONLINE

Penempatan Melayu perlu kekal di Kampung Baru


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Propaganda menipu berhubung Kampung Baru



Leave a Reply

Your email address will not be published.