Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000

Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000

Malaysia melakar sejarah apabila menjadi negara pertama dunia yang bakal memasang model Porsche Cayenne 2022 di luar negara eropah setelah pihak Porsche memilih Kulim, Kedah untuk meluaskan pusat operasi mereka di rantau Asia Tenggara.

Memetik perkongsian Paultan, model Porsche Cayenne 2022 versi pemasangan tempatan (CKD/Completely Knocked Down) itu nanti ditawarkan dalam varian asas pada harga RM550,000 tanpa kos-kos yang lain.



Untuk varian asas, SUV ini dikuasakan dengan enjin petrol V6 3.0 liter turbo, 335hp, tork maksima 450 Nm, transmisi automatik 8-speed Tiptronic S dan sistem all-wheel-drive.

Model Cayenne 2022 ini juga turut dilengkapi dengan aksesori dan teknologi yang ada sama pada versi import (CBU/Completely Built Up) seperti sistem audio Bose, Park Assist, skrin HD penuh 12-inci serta Porsche Communication Management System, Apple Carplay, rim RS Spyder 21-inci dan pelbagai lagi.

Bagi meraikan model Cayenne CKD tersebut, 50 pelanggan pertama yang menempah SUV itu menerusi laman tempahan rasmi akan mendapat baucer Porsche Driver’s Selection yang bernilai RM911. Menerusi laman tempahan itu juga, pelanggan boleh menambah pakej aksesori ‘Exclusive Manufaktur package’ yang membuatkan SUV ini nampak lebih sporty dan bergaya.

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) menawarkan tiga pilihan warna iaitu ‘Jet Black Metallic’, ‘Quartzite Grey Metallic’ dan ‘Carrara White Metallic’. Untuk bahagian kabin pula, pelanggan boleh memilih antara kemasan kulit berwarna hitam atau tema dua-tona hitam dan ‘Bordeaux Red’.



Model SUV itu juga dijangka akan menemui pelanggan terawal bermula pada Mac 2022 nanti sama ada ambil sendiri di pusat pengedar atau penghantaran eksklusif ke rumah pelanggan.

Jika anda tertanya-tanya berapa murahkah harga Porsche Cayenne 2022 yang dipasang di Kulim, Kedah ini — harga model CBU sekitar RM665,000, manakala harga model CKD pula RM550,000. Pelanggan di Malaysia dapat memiliki SUV ini dengan penjimatan sebanyak RM115,000. Vc

Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker