Covid-19: 6517 kes baharu, Kelantan kedua tertinggi

Covid-19: 6517 kes baharu, Kelantan kedua tertinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,517 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan kini 2,535,338 kes.



Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 21 hari, sejak October 22.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 1.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Kuala Lumpur (+45.3 peratus), Melaka (+31.8 peratus), Negeri Sembilan (+19.7 peratus) dan Perak (+12.7 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.



Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 11) di mana 6,323 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,568)
Kelantan (678)
Johor (649)
Sabah (579)
Sarawak (409)
Pahang (403)
Kedah (351)
Kuala Lumpur (339)
Pulau Pinang (276)
Negeri Sembilan (275)
Perak (246)
Terengganu (223)
Melaka (158)
Putrajaya (84)
Perlis (60)
Labuan (25)

Covid-19: 6517 kes baharu, Kelantan kedua tertinggi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker