Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat

Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat

“Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa.

“Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. ‘I love you sayang’. Saya sedia maafkan awak,” demikian kata Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, suami kepada pelakon Nynaa Harizal, 25, ketika ditemui semasa hadir memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.



Permohonan terbabit difailkan Mohamed Fahmi sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.

Fahmi berkata, dia juga berkali-kali menghubungi isterinya menerusi mesej WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya dengan kenyataan mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta Fahmi menghormati keputusannya.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu. Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, di sini.

Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.



Dalam prosiding hari ini, Fahmi diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Terdahulu bapa Nyna mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas perbuatan menakutkan secara jenayah dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki, minggu lalu.

Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.



Dia bagaimanapun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor.

Fahmi seterusnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung kejadian terbabit dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dakwanya, dilarikan secara paksa.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nynaa bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya.

Ibunya yang menjawab panggilan itu memaklumkan Nynaa tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini.



“Atas nasihat peguam, kami menyerahkan segalanya kepada mereka memandangkan sudah menjadi kes mahkamah. Jadi, kami memilih untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini,” katanya. HM

Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker