Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi

PELAKON terkenal, Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi bualan netizen selepas memuat naik foto dirinya berendam buih di dalam tab mandi dengan menampakkan separuh bahagian badannya.

Terdahulu, pelakon siri Girlfriend Aku Dari Neraka ini sunyi seketika daripada sebarang kontroversi kerana berada di luar negara pada Mei lalu untuk rawatan penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihadapinya.

Menerusi perkongsian foto berkenaan, Sakinah turut memaklumkan dia sudah kembali ke set penggambaraan selepas berehat panjang.

“Setelah lama berehat, akhirnya saya kembali ke set. Berbalik kepada cinta pertama saya (lakonan),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Semestinya perkongsian foto ini mengundang pelbagai reaksi daripada warganet apatah lagi Sakinah sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha

Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur nasihat agar Sakinah lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar yang dimuat naik apatah lagi dirinya adalah wanita Melayu Islam.

Tidak ketinggalan juga banyak komen berunsur negatif dan ada yang turut mendoakan agar pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Utv

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker