PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter terhadap calon Barisan Nasional.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, strategi itu digunapakai bagi merosakkan nama baik calon BN, yang beliau dakwa sering dilakukan pada pilihan raya umum 2018.



Katanya lagi, usaha tersebut mempunyai tujuan untuk memperdaya rakyat daripada isu-isu mendasar, kepada isu yang menyerang peribadi calon BN.

“BN bercerita tentang mengembalikan kestabilan demi kemakmuran Melaka, mereka pula gigih memperlekeh calon BN. Semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.

“Kita sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi. Apa yang kita perdebatkan kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti,” katanya lagi.

Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage

Pemerhatian Astro AWANI mendapati, faktor sekatan kempen secara fizikal mengakibatkan kesemua 112 calon yang bertanding, terpaksa beralih ke arah media sosial, serta kaedah tradisional seperti penyebaran risalah dari rumah ke rumah, dan tempat awam, untuk menyampaikan mesej mereka.

Namun, kebergantungan kepada media sosial menyebabkan wujud usaha memanipulasi orang ramai, dengan penyebaran maklumat palsu dengan menggunakan identiti pihak lawan, serta cubaan menyerang peribadi calon bertanding.



Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN fokus untuk kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara.

“Justeru misi rakyat Melaka memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini juga merupakan misi seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.-AA

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker