‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’

SEPANG – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika apabila lebih 50 penumpang kapal terbang dilihat ‘cedera’, dikatakan akibat ‘letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines.

Bagaimanapun ia hanyalah ‘lakonan’ bagi menjayakan latih amal kecemasan lapangan terbang (AEX) Perisai Panthera kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Khamis, sebagai langkah persediaan menerima pengguna perkhidmatan udara lebih ramai selain menitikberatkan aspek keselamatan penumpang.

Senario latihan itu menyaksikan ‘mangsa’ diberikan bantuan kecemasan serta-merta oleh Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dengan kerjasama agensi lain, antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan.



‘Mangsa’ yang mengerang kesakitan segera diselamatkan dan dialihkan dari kawasan pesawat dan ditempatkan di kawasan lapang sementara diberikan bantuan oleh pasukan keselamatan.

Lebih 200 individu terlibat menjayakan simulasi fizikal itu yang mengambil masa hampir dua jam.

Latihan kecemasan seperti ini dijalankan setiap tahun namun disebabkan sekatan yang dikenakan berikutan Covid-19 ia hanya dapat dijalankan secara maya dalam tempoh dua tahun yang lalu
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, AEX Perisai Panthera diadakan selama tiga hari bermula Selasa lepas dengan pengisian webinar dan latihan lain serta simulasi fizikal sepenuhnya pada hari ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Latihan berskala penuh ini amat penting memandangkan terdapat peningkatan ketara penumpang yang menggunakan perkhidmatan udara sekarang, selain kita juga dapat merancang sebaiknya dan menyelaraskan respons kecemasan sebagai komitmen MAHB terhadap keselamatan penumpang,” katanya.



Menurut beliau, peserta AEX juga berpeluang menguji dan mengukuhkan koordinasi dan keupayaan mereka selari dengan Pelan Kecemasan Aerodrome yang antara lain menggariskan pelan kontingensi terperinci berdasarkan piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). – Bernama

‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker