Buka tong proses kicap, jumpa bulu burung

Buka tong proses kicap, jumpa bulu burung

Dedaun kering, ranting kecil dan bulu burung antara objek yang ditemui di dalam tong perapan kacang soya di sebuah kilang menghasilkan kicap di Bagan Ajam, Butterworth di sini semasa Ops Bersih hari ini.

Lebih menjijikkan lagi, tong gentian kaca yang digunakan untuk proses perapan juga didapati amat uzur ekoran faktor cuaca di kilang yang beroperasi sejak kira-kira 50 tahun itu.

Menerusi pemeriksaan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) itu, pemilik kilang juga dipercayai cuba menjimatkan kos dengan mengitar semula botol kicap tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM JKNPP, Mohd. Wazir Khalid berkata, pihaknya mendapati tong gentian kaca yang digunakan sejak kira-kira 20 tahun lalu juga telah mereput dan masih digunakan.

“Kita turut menemui daun dan bulu binatang. Tidak mustahil najis burung pun boleh termasuk semasa proses pemerapan kacang soya.

“Selain itu, pihak kilang turut menggunakan botol kitar semula tetapi cara pembersihan hanya dibuat secara manual malah tahi cicak turut ditemui atas pelapik penutup botol selain terdapat kulat di atas pelapik pengering kacang soya yang dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan makanan,” katanya kepada pemberita semasa operasi itu hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah kilang roti di Raja Uda, Butterworth, pihaknya turut mendapati dulang roti yang kotor dan berkerak malah turut dipenuhi tahi tikus di atas dulang pembakar.

Secara keseluruhannya, sebanyak sembilan kompaun berjumlah hampir RM9,000 dikeluarkan ke atas kedua-dua premis atas pelbagai kesalahan. K Online

Buka tong proses kicap, jumpa bulu burung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker