Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!

JITRA – Perbuatan khianat seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Malau dekat sini sejak Ahad lalu berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman di sini hari ini.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut kira-kira pukul 1.45 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memberitahu, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis mengesan seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda Wave di atas jejambat tersebut seorang diri.



Katanya, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di atas jejambat dari Jalan Wang Tepus menghala Bandar Darulaman.

“Pemerhatian mendapati penunggang motosikal itu telah turun dari motosikal dan mengambil sesuatu dari raga motosikal.

“Anggota melihat gerak geri suspek dan mengesyaki dia cuba melakukan sekali lagi perbuatan membaling batu dari atas jejambat ke arah kenderaan di lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya kemudian bertindak menahan suspek dan pemeriksaan menemui dua ketul batu di dalam motosikalnya.



Menurutnya, suspek seterusnya dibawa ke IPD Kubang Pasu dan hasil soal siasat, lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu kerana rasa tidak puas hati dengan pemandu lori yang sering menghimpit kenderaannya sebelum ini.

“Suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine selain memiliki tujuh rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, polis setakat ini menerima dua laporan kenderaan rosak akibat terkena batu yang disyaki dibaling suspek manakala pihak PLUS pula menerima sebanyak tiga laporan berkaitan kes berkenaan. – K! ONLINE.

Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Pertarungan BN tewaskan PH tinggalkan PN



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker