40% penerima dos penggalak tak hadir janji temu, kata KJ

Sebaran :

40% penerima dos penggalak tak hadir janji temu, kata KJ

Hampir 40% penerima yang layak tidak hadir janji temu bagi menerima dos penggalak Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Katanya, jika penerima dos penggalak masih rendah terutama membabitkan golongan berusia dan individu mempunyai komorbiditi, kadar kemasukan pesakit ke hospital dijangka meningkat semula.

“Pastinya, itulah yang akan berlaku,” kata Khairy dalam ciapan di Twitter.



“Jika anda mendapat janji temu, silakan ambil dos penggalak.”

Pelaksanaan pengambilan dos penggalak di seluruh negara bermula pada 13 Okt, dengan tertumpu kepada golongan berisiko tinggi seperti golongan berusia, kumpulan imun terjejas, kumpulan komorbiditi, pekerja kesihatan awam dan pekerja di rumah penjagaan.

Bagi permulaan, kira-kira 8.75 juta penerima disasarkan menerima dos ketiga vaksin atau dos penggalak Covid-19.

Ia termasuk, 600,000 petugas barisan hadapan, 150,000 pesakit imun terjejas, tiga juta golongan berusia dan individu bertugas di pusat jagaan, serta lima juta individu mempunyai komorbiditi. FMT



40% penerima dos penggalak tak hadir janji temu, kata KJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *