PRN Melaka: Pertarungan BN tewaskan PH tinggalkan PN

 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menjadi tumpuan seluruh negara ketika ini bakal menyaksikan keputusan menarik susulan pertembungan pelbagai penjuru di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berlaku saingan enam penjuru di tiga kerusi DUN, manakala pertandingan lima penjuru di lima kerusi DUN.



Selain itu, pertandingan tiga penjuru pula membabitkan 11 kerusi DUN, manakala empat penjuru direkodkan di sembilan kerusi DUN.

PRN kali ini menunjukkan tiga koalisi utama – Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) – meletakkan calon di semua 28 DUN, dan pada masa sama ramai calon Bebas masuk bertanding. 

“Ini menunjukkan PRN Melaka mendapat perhatian ramai pihak, untuk melihat pilihan raya ini membawa matlamat kepada kepentingan mereka masing-masing,” kata penganalisis politik, Dr Mazlan Ali ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berpandangan, PRN Melaka adalah satu medan pengukuran antara tiga koalisi besar. 



“BN mungkin mahu menjadikan keputusan PRN Melaka ini sebagai penanda aras kepada prestasi mereka. 

“Adakah kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu bersifat sementara dan sama ada parti ini akan kembali mendapat sokongan rakyat. 

“Gabungan PAS dan Bersatu juga menunjukkan bahawa mereka boleh memberi saingan kepada BN dan PH,” katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan daripada PRN ini boleh menjadi penanda aras kepada survival koalisi besar ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Bagaimanapun, pertembungan mereka bakal menyaksikan keputusan yang menarik kerana sebahagian besar undi Melayu akan berpecah, katanya.

“Kawasan majoriti Cina mungkin juga akan boleh dikekalkan oleh DAP, MCA juga mungkin ada peluang. Tetapi di kawasan Melayu akan berlaku saingan berat antara tiga koalisi. 

“Peluang agak terbuka kepada semua parti untuk menang, tetapi peluang kepada PH agak tinggi berbanding BN dan PN yang berada dalam satu Kerajaan Persekutuan tetapi menentang sesama sendiri,” katanya.

PRU14 menyaksikan kawasan bukan Melayu menjadi kekuatan PH. 



PH bukan sahaja mengekalkan tujuh kerusi dimenangi ketika PRU13, malah berjaya merampas lapan DUN daripada BN; DUN Rembia, Durian Tunggal, Paya Rumput dan Telok Mas), tiga kerusi MCA (DUN Klebang, Bemban dan Machap Jaya) serta satu kerusi MIC (DUN Gadek).

PRN Melaka: Pertarungan BN tewaskan PH tinggalkan PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker