Sorok ganja di bawah tempat duduk motosikal

TAMPIN – Biarpun pernah dua kali ditahan atas kesalahan dadah, seorang lelaki masih tidak serik apabila diberkas sekali lagi di Taman Rasa Sayang di sini pada Selasa kerana memiliki dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 12.30 malam sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menahan suspek berusia 26 tahun itu dilokasi.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 12 peket lut sinar yang mengandungi dadah jenis ganja seberat 52 gram yang disorokkan di bawah tempat duduk motosikal yang ditunggang suspek.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah THC atau tetra hydrocannibol manakala dia turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan dua daripadanya melibatkan kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, dadah tersebut untuk dijual kepada penduduk di sekitar Tampin dan punca bekalan masih dalam siasatan.

Katanya, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) dan 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sorok ganja di bawah tempat duduk motosikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker