Fenomena bulan merah pada 19 November ini

Sebaran :

Fenomena bulan merah pada 19 November ini

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan Penumbra yang dijangka berlaku sekitar pukul 6.58 petang hingga 8.03 malam pada 19 November ini.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman Twitter rasmi Planetarium Negara yang menyifatkan gerhana bulan Penumbra kali ini sebagai gerhana bulan terlama yang pernah terjadi antara tahun 2001 hingga 2100.

“Fenomena gerhana bulan ini boleh dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop di beberapa kawasan di seluruh dunia namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.



“Gerhana bulan yang bakal berlaku pada Jumaat depan ini akan mengambil masa selama 3 jam, 28 minit dan 23 saat di mana bumi akan menghalang 97 peratus permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari. Dalam tempoh ini, sebahagian permukaan bulan akan kelihatan seperti kemerah-merahan,” katanya di sini hari ini.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menjangkakan sebanyak 179 fenomena gerhana akan terjadi dalam tempoh lapan dekad ini dan secara purata, gerhana mungkin terjadi dua kali dalam setahun.

Peristiwa gerhana seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan. K Online

Fenomena bulan merah pada 19 November ini




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Sebaran :

Leave a Reply