Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

KABUL- Kerajaan baharu Afghanistan yang ditadbir Taliban bersiap sedia untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara di dunia  kecuali Israel, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Seorang jurucakap Taliban, Suhail Shaheen berkata, kumpulan itu malahan terbuka untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya ia dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua negara.

“Dalam fasa pemerintahan baharu ini, sekiranya AS mahu menjalinkan hubungan dengan kami yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan jika mereka ingin terlibat dalam pembinaan semula Afghanistan, mereka dialu-alukan.

“Bagaimanapun, kami sudah pasti tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel. Kami ingin bekerjasama dengan negara-negara lain tetapi bukan Israel,” katanya kepada agensi berita Rusia, Sputnik.

Pada bulan lepas, Suhail telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau ditemu bual oleh stesen penyiaran awam Israel, Kan.

Beberapa jam selepas temu bual itu disiarkan, beliau memuat naik hantaran di Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah ditipu dalam temu bual tersebut.

“Saya ditemu bual oleh ramai wartawan setiap hari selepas kejatuhan kerajaan Afghanistan sebelum ini.

“Sebilangan wartawan mungkin menyamar. Bagaimanapun, saya tidak pernah melakukan sebarang temu bual dengan sesiapa yang memperkenalkan dirinya sebagai media dari Israel,” tegasnya. – AGENSI

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan

Tutup atau buka sekolah sepatutnya bukan urusan KPM – Ahli akademik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker