Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan
Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan
KEADAAN kesihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami masalah dan sudah berada di tahap kronik.
Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya rosak dan membengkak.
“Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah bengkak.
“Kata doktor Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
“Memang terkejut dan sedih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami kerosakan dan sudah teruk,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air kencing.
Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.
“Dia selalu demam on off… kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena.
“Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.
“Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus melawan penyakit.
“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
“Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna.
“Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian… semoga Allah balas semua jasa baik kalian,” ujarnya.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.
Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.-mSTAR /Instagram Anna Danisha
Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Alhamdulillah-Pemilik Tarik Balik Kes, Posmen Lastik Anjing Dapat Kembali Bertugas Semula
Belanja Pekerja Minum Cendol, Netizen Doakan Shahrol Shiro DiMurah Rezeki..Amin..