Belanja Pekerja Minum Cendol, Netizen Doakan Shahrol Shiro DiMurah Rezeki..Amin..

Anak kelahiran Kluang, Johor iaitu Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro merupakan seorang pelawak, pelakon dan juga pengacara hebat di Malaysia.

Dia yang kini menceburi bidang usahawan sememangnya tidak asing lagi dengan sifat serta peribadi yang kelakar dan spontan.

‘Ngepot kabin’ bantu usahawan lain

Baru-baru ini, pelawak berusia 36 tahun itu menguruskan lokasi di Ngepot Kabin yang bakal dibuka di Kluang sekali gus menjadi salah satu platform untuk usahawan lain berniaga di situ.

Menurut Shahrol, Ngepot Kabin akan memudahkan usahawan lain terutamanya golongan muda yang baru ingin berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan.

Terima kasih semua!

Menerusi posting yang dimuat naik di Instragram, Shahrol menghargai sekumpulan pekerja yang menjadi tulang belakang untuk memastikan perniagaanya itu berjalan dengan lancar.

Justeru, bekas penyampai radio Suria FM itu berkongsi rezeki dengan memberi sebungkus cendol untuk setiap pekerjanya tanpa mengira bangsa sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

Terbaik bro

Moga murah rezeki

Shahrol berharap agar semua yang dirancang dipermudahkan dan semoga perniagaan itu dapat membuka ruang rezeki yang lebih banyak buat orang lain! Amin.

Sumber: Shahrol Shiro

Kredit: OhMyMedia

Shahrul Shiro: Banyak job cancel sebab sokong BN (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker