Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel

Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel

Jabatan Imigresen mengesan ada sindiket pelacuran menggunakan wanita warga Indonesia yang berpenampilan seperti wanita tempatan sebagai daya penarik untuk memancing pelanggan.

Ia hasil Ops Gegar yang dijalankan imigresen di sekitar Puchong, Jumaat lalu dengan menahan 27 individu, termasuk 25 wanita warga asing berusia antara 18 hingga 47 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata operasi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas menyerbu dua premis iaitu sebuah hotel dan sebuah unit kondominium di Puchong, yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran wanita warga asing.

“Daripada 27 individu yang ditahan, 20 adalah wanita warga Indonesia, tiga Thailand dan dua Vietnam. Turut ditahan dua lelaki yang disyaki penjaga premis hotel berkenaan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan wanita warga Indonesia yang berpenampilan seperti wanita tempatan sebagai daya penarik utama untuk memancing pelanggan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, ketika serbuan di unit kondominium, pihaknya turut menahan seorang wanita warga asing yang disyaki sebagai ketua atau dipanggil ‘Mummy’ yang berusia 28 tahun berperanan sebagai penjaga wanita warga asing di kondominium berkenaan.

“Modus operandi sindiket adalah pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks akan berurusan melalui aplikasi WhatsApp sebelum mereka diberikan kata laluan untuk masuk ke hotel, tanpa kata laluan pelanggan tidak dibenarkan masuk oleh penjaga premis.

“Bayaran yang dikenakan sebanyak RM240 bagi sekali langgan khidmat seks,” katanya.

Kondominium itu juga katanya, dijadikan tempat transit wanita yang baru tiba dari Indonesia atau Thailand sebelum dihantar ke hotel untuk bekerja sebagai pelacur dan hasil siasatan lanjut mendapati sindiket dipercayai sudah beroperasi hampir dua tahun.

“Semakan imigresen mendapati wanita warga asing ini masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah dan menepati syarat sebagai pelancong.

Bagaimanapun mereka menyalahgunakan kemudahan PLS ini untuk melakukan kerja pelacuran dan tidak bermoral,” katanya. BH

Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker