KWSP i-Sinar: Munasabah ke kena tunggu 3 bulan lagi?

Sebaran :

Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kewajaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil masa sehingga akhir Februari tahun depan untuk mengeluarkan wang pencarum melalui i-Sinar.

Sedangkan, golongan yang terjejas akibat Covid-19 telah menunggu wang tersebut sejak bulan Oktober lalu apabila beliau dan UMNO mencadangkan pengeluaran wang tersebut.

Tetapi pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud pemohon perlu tunggu sehingga 11 Januari 2021 untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen, kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.

“Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari. Sekarang awal bulan Disember.

”Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?,” soal Najib.

Semalam, KWSP telah mengeluarkan syarat-syarat dan butiran mengenai permohonan pengeluaran i-Sinar.

Syarat-syarat berkenaan terbahagi kepada dua kategori.

Namun, bagi Kategori 2, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021. MG

Daripada platform aplikasi WhatsApp, bawa ke Facebook dan juga di akaun-akaun pemimpin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) rakyat meluah perasaan.

Puncanya kecewa dengan syarat yang dikenakan untuk pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhad kepada mereka terjejas pendapatan.

Terjejas pendapatan itu pula ada kriteria-kriteria tertentu perlu dipenuhi untuk tentukan layak membuat pengeluaran, bukannya one-off pun sebaliknya satu campur enam kali bayaran.

Sementara mereka yang tidak terjejas pendapatan pula, berkira-kira nasib sendiri jika terjadi apa-apa tidak diingini ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) ini.

Belum ada jaminan untuk reda walaupun vaksin akan diperolehi seawal pertengahan tahun hadapan, namun tidak semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada vaksin tersebut.

Daripada group WhatsApp ke FB, rakyat kecewa dengan i-Sinar


Sebaran :

One thought on “KWSP i-Sinar: Munasabah ke kena tunggu 3 bulan lagi?

  • Mmg menyusahkan …dah bagi tp bersyarat yg sudah pasti tidak lulus …kenapa perlu bersyarat sedemikian rupa padahal tu duit rakyat bukan duit kerajaan ….adakah CEO KWSP GALAT NAK BAGI DUIT RAKYAT….x semua rakyat nak keluar kan duit kwsp mereka ada hak dan itu adlah hak mereka duit mereka….CEO KWSP DAN KERAJAAN PATT BAGI BUKAN BAGI TAPI BERSYARAT ….KENAPA RAKYAT NK KELUAR KAN DUIT DAN PERLU DOKUMEN2 TU SEMUA UNTUK APE… SEDANGKAN TU DUIT RAKYAT DAN BUKAN DUIT KERAJAAN …..KENAPA PERLU SEDEMIKIAN RUPA….ADAKAH CEO KWSP DAN KERAJAAN NAK GUNA DUIT RAKYAT UNTUK KEPERLUAN SENDIRI….FIKIR LA TAK PERLU BERSYARAT TU SEMUA ….TU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT KERAJAAN PUN….

    Reply

Leave a Reply