3 penjawat awam antara dicekup disyaki culik, peras ugut

3 penjawat awam antara dicekup disyaki culik, peras ugut

Enam individu termasuk tiga penjawat awam dicekup kerana disyaki terlibat menculik dan peras ugut seorang warga asing.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata polis masih mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas.

Katanya, semua suspek yang telah ditahan itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Gombak susulan laporan dibuat anak saudara mangsa yang mengadu diminta membawa sejumlah wang bagi menyelamatkan mangsa.

“Pengadu juga menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarang pengadu membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, pada 10 Nov lebih kurang 9.30 malam sepasukan pegawai kanan dan anggota telah menangkap ketiga-tiga suspek penjawat awam yang telah dikenal pasti untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, turut ditahan tiga orang awam lain.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menambah semua individu sedang direman.

Katanya, polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak. FMT

3 penjawat awam antara dicekup disyaki culik, peras ugut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker