Taliban alu-alukan pelaburan China

Sebaran :

Taliban alu-alukan pelaburan China

Dengan penarikan Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan, China melihat penguasaan semula Taliban di negara itu sebagai langkah kanan memulakan pelaburan utama dalam tempoh enam bulan, tatkala pakar meramalkan Beijing akan mengambil pendekatan berhati-hati.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, awal minggu ini berkata kerajaan baharu mahu menyertai Koridor Ekonomi China-Pakistan atau CPEC, iaitu komponen utama Pakistan bernilai AS$50 bilion (RM206.8 bilion) menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diasaskan China.

Sumber rapat dengan Taliban memberitahu Nikkei Asia bahawa China mengajak Taliban sejak 2018 lagi mengenai kemungkinan projek di Afghanistan.

“Ada perjanjian lisan antara Beijing dan Taliban mengenai pelaburan.

“Sebaik saja kerajaan Taliban meraih pengiktirafan global, China akan mula membangunkan infrastruktur projek Afghanistan yang terjejas dengan perang,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sumber mendakwa China tidak terlalu mengambil berat mengenai hak asasi yang berkaitan dengan wanita dan perempuan kebanyakan dalam kedudukan bahaya dan akan cenderung menumpukan terhadap urus tadbir cekap serta menangani militan Uighur.

Rabu lalu, satu mesyuarat berlangsung secara maya antara Menteri Luar Afghanistan dengan negara jiran seperti dari China, Iran, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Pakistan.

Ia dipengerusikan oleh Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi.

“Situasi di Afghanistan kekal kompleks dan boleh berubah,” kata Qureshi menerusi hantaran di akaun Twitter.

“Kami berharap situasi politik yang stabil akan menuju ke keadaan normal tidak lama lagi. Realiti baharu mengkehendaki kita untuk mengetepikan lensa lama, membangunkan hala tuju baharu dan terus dengan pendekatan realistik dan pragmatik,” katanya.

Pada mesyuarat itu, China berjanji menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah AS$31 juta (RM128.25 juta) kepada Afghanistan termasuk bijirin, peralatan musim sejuk, vaksin dan ubat-ubatan.

“Apa yang China boleh lakukan sekarang adalah menjaga hubungan yang diperlukan dengan Taliban dalam sektor berkaitan dengan aktiviti ekonomi normal dan pertukaran orang dengan orang,” lapor agensi berita China berbahasa Inggeris, Global Times.

Sementara itu, felo kanan trans-Atlantik dengan program Asia dari German Marshall Fund percaya permintaan pelaburan segera Taliban memberi pengaruh kepada China.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Sheikh Rashid Ahmed, pula mengalu-alukan Taliban menjadi sebahagian dari CPEC sambil menyifatkan kemajuan antara Pakistan dan Afghanistan sentiasa bersambungan. BH

Taliban alu-alukan pelaburan China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim


Sebaran :

Leave a Reply