Ramai sedih lihat budak jual gam

Tangkap layar oleh @Borneokomrad mendakwa kanak-kanak lelaki menjual gam kepada orang ramai pada harga serendah 20 sen.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa kanak-kanak lelaki menjual gam kepada orang ramai pada harga serendah 20 sen.

Menerusi perkongsian video oleh @Borneokomrad menerusi TikTok semalam, individu tersebut ada menanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak tersebut sambil dia membungkus gam berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 29 saat di TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat sedang menuang gam ke dalam bungkusan plastik.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tentang masa depan kanak-kanak tersebut dan orang ramai juga berharap ada pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah kegiatan itu terus berlaku.

“Satu yang jelas kita semua boleh lihat, masyarakat kita anggap ini merupakan satu bahan jenaka. Tetapi inilah realiti kalau itu adik atau anak kita macam mana?,” kata @wnnm99.

“Sayangnya melihat mereka dipersiakan begitu sahaja, harap-harap ada pendekatan yang dilakukan untuk selamatkan mereka,” jelas @jobs_abraham.

Perkongsian tersebut mendapat lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 112,500 tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Ramai sedih lihat budak jual gam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Undi18 akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini – Wan Junaidi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker