Aishah bercerai lagi?

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah, 56, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangga, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin reda dengan takdir yang tertulis buatnya.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.



“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat.

“Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

“Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Tambah penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah ini, bukan niat mahu membuka pekung di dada apabila berkongsi kisah keruntuhan rumah tangga.



 

Aishah bersyukur memiliki dua cahaya mata, Armand dan Azhad yang menjadi penguat semangat berdepan dengan ujian hidup. - Foto IG Aishah
Aishah bersyukur memiliki dua cahaya mata, Armand dan Azhad yang menjadi penguat semangat berdepan dengan ujian hidup. – Foto IG Aishah

 

Namun, Aishah berkata, dia perlu berbuat demikian untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.



“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya.

Bagi juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu, dia sudah boleh terima hakikat dan ingin meneruskan kehidupan.



“Saya bernasib baik mempunyai dua cahaya mata, Armand Azhari dan Azhad Ahlami yang menjadi penguat semangat. Saya tidak mahu menoleh ke belakang dan mahu fokus dengan kerjaya.

“Single baharu akan dilancarkan pada Disember ini,” katanya.

Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Aishah bercerai lagi?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker