Covid-19: 5501 kes baharu, tidak banyak berubah

Covid-19: 5501 kes baharu, tidak banyak berubah

Kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan angka di bawah 6,000 dengan catatan 5,501 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,614,480 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 25) di mana 6,144 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,650)
Johor (605)
Sabah (513)
Kelantan (511)
Kuala Lumpur (452)
Kedah (442)
Pahang (426)
Melaka (291)
Perak (280)
Pulau Pinang (263)
Terengganu (233)
Negeri Sembilan (180)
Sarawak (171)
Perlis (46)
Putrajaya (43)
Labuan (38)

Berita lanjut menyusul

Covid-19: 5501 kes baharu, tidak banyak berubah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker