Pukul, seret hingga mati

Pukul, seret hingga mati

PASIR PUTEH – Seorang warga asing yang ditemui dalam keadaan bogel di sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini baru-baru ini dipercayai telah dipukul dan diseret oleh 12 orang lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an telah dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai menceroboh masuk sebuah kedai.



Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia dipukul, diseret secara beramai-ramai sehingga meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati ada kesan koyak pada bahagian kepala, lebam bahagian punggung dan kesan cedera akibat diseret sebelum dibuang di kawasan lapang berhampiran jeti berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan kakinya telah diikat dengan tali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis serah dan terima tugas bekas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Mohd. Azmir Damiri kepada Deputi Superintendan Ediansha Endal. K Online

Pukul, seret hingga mati




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker