PRN Sarawak: GPS terharu semangat ‘setia kawan’ BN

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN), dan terharu akan semangat ‘setia kawan’ BN untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi GPS merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan BN bukti semangat politik yang baik dengan parti itu.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kecil Sungai Asap, di sini, hari ini.

Beliau berkata, parti itu memberi ruang kepada rakyat Sarawak untuk menentukan hala tujunya.

“Dengan semangat yang ditunjukkan itu, kita boleh menjadi rakan dalam gabungan Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

BERSATU mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak juga dijangka memberi laluan kepada GPS.

GPS sebelum ini sudah memutuskan untuk bertanding di semua 82 kerusi DUN pada PRN-12 yang akan diadakan 18 Disember depan.

PRN Sarawak: GPS terharu semangat ‘setia kawan’ BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Sarawak: BN tidak akan khianat ‘rakan’, sokong GPS 100%

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker