Kailan ikan masin kayangan pulak dah

Sebaran :

Kailan ikan masin kayangan pulak dah

SEBERANG PERAI – Seorang pelanggan sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas di sini terkedu apabila mendapati harga sebungkus masakan kailan ikan masin bagi seorang makan berharga RM18.

Perkara itu tular di media sosial hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan tersebut dan dumuat naik ke sebuah laman Facebook.


Bil berkenaan memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulan dan sambal (RM5).



“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik dari sebuah laman Facebook.

Menurut posting berkenaan menu itu didakwa dibeli di sebuah restoran di Kepala Batas di sini dengan bil keseluruhan RM122. Namun nama restoran tidak didedhkan.

Bil berkenaan memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulan dan sambal (RM5). K Online



Kailan ikan masin kayangan pulak dah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *