Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap



Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap

SEBERANG PERAI – Seramai 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang berselindung di sebalik nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya, di sini kelmarin.

Individu yang berusia antara 22 hingga 56 tahun dari negeri ini, Kedah dan Perlis itu ditahan ketika menghadiri majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baharu kira-kira pukul 9.30 malam.

Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan dibuat selepas polis mengesyaki satu kumpulan kongsi gelap cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghidupkan kembali pengaruh mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.




“Pemeriksaan mendapati lapan daripada lelaki yang ditahan mempunyai tatu sebuah pertubuhan haram.

“Selain itu, polis turut merampas 56 buah telefon bimbit, dua bentuk cincin, seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan haram,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini.

Menurut Rahimi, kesemua yang ditahan dibawa ke IPD SPT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi Undang-Undang). K Online

Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Leave a Reply

Your email address will not be published.