PAU 2020: UMNO sebagai Kabinet kerajaan atau tidak, diketahui petang ini – SUA UMNO

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada UMNO masih sebahagian daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya hanya akan diketahui petang ini.

Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menggesa semua ahli parti memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN supaya menarik diri serta-merta.

“Saya nak maklumkan, kita tunggu sampai petang apa berlaku. Kita masih menunggu jurucakap beberapa negeri kita. Kemungkinan akan meminta pandangan daripada perwakilan daripada persetujuan tertentu usul telah kita beri.

“Usul itu tidaklah sesuatu memeranjatkan kerana kita pun sudah tahu perkara itu sebelum ini lagi. Tapi kalau ada perubahan-perubahan terhadap usul itu, kita tunggu dan lihat.

Komen setiakawan dan kerjasama PAS-UMNO, Takiyuddin mula bermadah

“Kalau ada cadangan mengenai (isu jawatan) menteri itu, kita tunggu dan lihat. Setakat tengah hari ini, belum ada lagi,” katanya ketika ditemui media dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Terdahulu, Tengku Razaleigh menggesa semua ahli parti memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN supaya menarik diri serta-merta.

Gesaan itu termasuk pemimpin UMNO yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malah katanya, tindakan itu selari dengan cadangan UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

PAU 2020 : Jangan beretorik jika mahu parti Melayu bersatu, kata Hishammuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker