Landskap politik negara dibawah Ismail Sabri semakin pulih

SHAH ALAM – Pejam celik, pada Ahad genap 100 hari pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang kesembilan selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos lalu.

Penganalisis Politik, Datuk Anbumani Balan berpandangan sejak Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri, politik dan situasi dalam negara semakin stabil.

“Negara sudah tidak ada tekanan politik yang melampau selepas ada perjanjian antara pembangkang dan kerajaan. Daripada ketenteraman politik ini, kita nampak proses pemulihan negara berlaku secara tertib.

“Ini satu kematangan politik yang diperlukan ketika negara bertarung menentang Covid-19,” katanya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, walaupun ramai yang mendakwa kerajaan kini adalah kerajaan Perikatan Nasional 2.0, kelebihan kementerian terdahulu yang tidak bertukar serta pengalaman mereka mentadbir dalam pasca-Covid-19 menyebabkan situasi negara beransur pulih.

“Kita nampak kesinambungan peralihan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Ismail Sabri dari segi kementerian tidak banyak bertukar. Ia juga boleh menjadi satu kelebihan apabila menteri mempunyai pengalaman untuk melaksanakan program yang dirancang demi rakyat.

“Kita juga menyaksikan hujah-hujah yang sihat antara kerajaan dan pembangkang di Parlimen ketika ini serta tidak ada gangguan melampau seperti dahulu,” katanya.

Anbumani yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, imej integriti Ismail Sabri yang bersih daripada kontroversi politik itu telah memupuk kepercayaan rakyat serta membentuk Keluarga Malaysia yang sihat.

“Kita lihat Ismail Sabri tidak ada imej liabiliti dan tidak ada gangguan dari segi politik pimpinan parti untuk menjalankan tugas-tugas kerajaan dengan baik.

“Keluarga Malaysia adalah permulaan yang baik kerana imej Ismail Sabri yang tidak banyak kontroversi politik,” kata beliau.

Kemuncak kejayaan Ismail Sabri adalah apabila Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka, 20 November lalu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker