MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li

Sebaran :

MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Muafakat Nasional (MN) yang dibina oleh Umno dengan PAS tiada fungsi, selain mendakwa perjanjian yang dibuat oleh pemimpin parti tidak mencerminkan realiti di lapangan.

“Di (lapangan) mereka bergaduh seperti anjing dan kucing. Saya tak dapat lihat bagaimana mereka akan dapat bekerjasama kerana mereka bergantung kepada undi Melayu dan setiap parti bersaing untuk mendapatkan lebih banyak undi. Mereka akan terus bertelingkah,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Beliau yang sudah mewakili Gua Musang selama 11 penggal berkata, desakan agar Umno terus membuka pintu kepada PAS melalui MN kebanyakannya datang daripada tokoh di Pantai Barat Semenanjung, yang didakwanya tidak faham sentimen akar umbi di Pantai Timur.



Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, beliau pernah berkempen untuk PAS bawah Semangat 46, serpihan Umno yang tidak lagi berfungsi selepas pilihan raya umum 1995 dan mendakwa beliau “sangat memahami” PAS.

Katanya, Umno silap langkah membina kerjasama dengan PAS kerana parti Islam itu mungkin hanya akan cuba mendapatkan sokongan untuk diri sendiri.

Beliau berkata, ini pernah berlaku ketika Barisan Nasional (BN) mula-mula ditubuhkan, dengan beliau menjadi tokoh penting ditugaskan untuk menarik PAS ke dalam gabungan itu.

“Tetapi itu tidak berlaku kerana mereka menyalahgunakan jawatan mereka dalam kerajaan persekutuan dan cuba menarik orang kita di bawah supaya menyertai parti mereka.



“Ini berlaku secara meluas di seluruh skim penempatan tanah, dan itu menyumbang kepada perpecahan antara PAS dan Umno selepas pembentukan BN.

“Itu hanya ketamakan. Mereka mahu lebih banyak lagi dan mahu mengukuhkan diri mereka sendiri,” katanya yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Umno. FMT

MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *