Tiada alasan naikkan harga ais – Ismail Sabri

Tiada alasan naikkan harga ais – Ismail Sabri

Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga di pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas laporan mengenai peningkatan harga sebungkus ais sebanyak RM0.50 bermula hari ini, Ismail Sabri berkata kenaikan tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan masih mengekalkan tarif air dan elektrik ketika ini.

“Harga ais tidak sepatutnya naik kerana kerajaan beri kemudahan bekalan air dan elektrik pada harga murah, tiada kenaikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih, di Putrajaya hari ini.

Membanding alasan kenaikan harga roti yang berpunca daripada peningkatan harga gandum, Ismail Sabri berkata: “Negara kita tidak tanam gandum, kita import gandum. Jadi ia beri kesan pada harga roti.”

Berikutan rungutan pelbagai pihak, Ismail Sabri mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan kajian terperinci berhubung faktor kos pengeluaran.

“Kita (kerajaan) mahu maklumat bagi harga kos di setiap rantaian bekalan.

“Kerajaan tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan disebabkan faktor kos pengeluaran,” katanya. Mk

Tiada alasan naikkan harga ais – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker